Keputusan UPSR 2011. 46,012 Pelajar Dapat 5A!! Kepada Yang Lain, “Terus Berjuang”
Hari ini bakal diumumkan keputusan UPSR 2011. Pastinya berdebar-debar adik-adik kita yang telah jadi calon UPSR tahun 2011 ini. Ibubapa yang mempunyai anak-anak yang menunggu keputusan UPSR 2011, pun apa kurang “cemasnya”.
Kepada ibubapa yang mempunyai anak calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), anda boleh mula membuat semakan keputusan UPSR 2011 anak anda menerusi :
- Sistem pesanan ringkas mySMS 15888 dibuka seawal pukul 10 pagi ini.
- Perkhidmatan yang disediakan oleh Lembaga PeperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November 2011
- Cara semakan keputusan UPSR 2011 adalah dengan menaip UPSR [angka giliran] dan hantar kepada 15888
- Contoh UPSR BC001A040 sms ke 15888
- Setiap sms yang dihantar akan dikenakan bayaran RM0.15 dan setiap sms yang diterima akan dikenakan bayaran RM0.20.
Manakala pengumuman rasmi bagi analisa penuh berdasarkan keputusan UPSR 2011 akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya sekitar pukul 9.00 pagi nanti oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud
Kami pasti adik-adik ada yang tak senang duduk dibuatnya menunggu saat-saat keputusan UPSR 2011 keluar. Pasti akan ada ibubapa yang lebih risau mengalahkan anak mereka sendiri yang sedang menunggu keputusan UPSR 2011. Diharapkan janganlah jadikan keputusan UPSR 2011 ibarat :
“LIFE AND DEATH”
Pada kami keputusan UPSR 2011 yang bakal diumumkan sekitar pukul 10 pagi nanti lebih kepada ujian biasa. Dapat 5A tidak menjamin ia bakal menjadi insan berguna. Dan yang tidak berjaya dapat 5A bukan bermakna perjuangan adik-adik telah gagal
- Mengikut statistik seramai 497,691 pelajar berbanding tahun lepas 494,493 pelajar di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2011.
- Peperiksaan bertulis UPSR 2011 telah dijalankan pada 13 – 15 September 2011 yang lalu di 8,235 pusat peperiksaan dengan melibatkan seramai 48,560 petugas di seluruh negara
Apa jua keputusan UPSR 2011 yang adik-adik atau anak anda perolehi, terima dengan hati yang terbuka. Adik-adik kita semua sudah berusaha. Mana yang berjaya dapat 5 A nanti, kami ucapkan tahniah & syabas. Yang tak dapat 5A, perjuangan adik-adik baru sahaja bermula. gagal sekali, bukan bermakna gagal selama-lamanya.
UPDATE : keputusan UPSR 2011 pada pukul 10 pagi 17 November 2011!!
PUTRAJAYA: Pencapaian keseleluruhan 497,691 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik sejak 2008 mengikut Gred Purata Nasional (GPN) dengan jumlah calon memperoleh cemerlang semua A sebanyak 46,012 orang.
Keputusan UPSR 2011 itu diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud pada sesi pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011, di sini, sebentar tadi. Kredit : Berita Harian - www.beritasemasa.com