PROTON Holdings Berhad (Proton) mengesahkan akan mengeluarkan model terbarunya yang dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo tahun depan dan ketika ini produk berkenaan dikenali dengan kod P3-21A. Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kereta terbabit ialah rekaan terbaru yang tiada kaitan dengan model Persona seperti dijangkakan umum sebelum ini. Tapi ianya tetap Persona R atau Espire seperti khabar angin terdahulu atau mengambilguna design Prototype Tuah seperti di pameran auto tak lama dahulu.

Proton mengumumkan kesediaan untuk mengeluarkan sebuah model global baru bermula Februari tahun depan. Dengan pengumuman ini, bermakna proton telah bersedia untuk melancarkan model terbaru proton yang mungkin bakal penggantimodel Persona. Walaubagaimanapun, “Ia bukan model gantian atau kesinambungan kepada Persona. Ramai orang kaitkannya dengan Persona, tetapi bukan…tengok pun tidak nampak seperti Persona. Banyak spekulasi yang bermain di fikiran apakah mungkin model terbaru proton adalah proton Tuah yang pernah dipertontonkan sebelum ini? Apa pun, syabas buat proton kerana sifat berdaya saing dalam pembangunan globalisasi era kini. Dan diharap pengeluaran kenderaan Nasional kali ini masih mempunyai harga mampu milik buat kaum bumiputera dan golongan yang berpendapatan sederhana. Saksikan salingan kenderaan baru proton yang yang maksudkan  itu. 

Syed Zainal Abidin berkata, kenderaan terbaru Proton itu akan turut dikeluarkan syarikat China yang sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerjasama antara mereka sehingga Disember ini, Hawtai Motor Group Ltd (Hawtai). 

“Proton dan Hawtai saling memerlukan dengan perbincangan kini berkaitan proses pelaksanaan seperti meletakkan sumber dan struktur. Saya teruja Proton mengembangkan bisnes dan pendapatan bukan saja daripada menjual kereta, tetapi kejuruteraan, lesen dan lebih penting, kami kini berada di pasaran kereta terbesar dunia tanpa melabur terlalu besar. 

“Kenderaan hasil kejuruteraan Proton yang dikeluarkan Hawtai itu menggunakan jenama mereka, tetapi produk berkenaan dimiliki syarikat perkongsian, sekali gus menyaksikan Proton akan memperoleh pendapatan melalui pemerolehan peralatan, jualan komponen dan kejuruteraan,” katanya.  -  http://josrevalution.blogspot.com